SEJARAH SEKOLAH

gambar-skk.jpg

Kelibang Primary School.  Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris.  Guru Besar pertamanya En. Daud b. Md. Noh. Beliau  berkhidmat sehingga tahun 1958. Kelibang Primary School adalah sekolah rendah Inggeris pertama di Langkawi. Pada masa yang sama kelas “Special Malay” juga diwujudkan di sekolah ini. Pada tahun 1959 satu blok bangunan tambahan dibina untuk menampung murid-murid dari kedua-dua aliran iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap aliran mempunyai 6 kelas dan jumlah murid keseluruhan pada masa itu ialah 200 orang.Selain bangunan sekolah rumah-rumah guru juga dibina untuk kemudahan para guru pada masa itu. Tukang kebun  pertama sekolah ini ialah En. Abu Bakar b. Ahmad dan En. Abu Mansor b. Saad. Sekolah Kebangsaan Kelibang terus  berkembang.  Pada tahun 2000  bangunan sekolah 3 tingkat siap  dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat. Pada tahun 2000 Sekolah Kebangsaan Kelibang mendapat 1 blok Makmal Komputer mengandungi 2 buah makmal. Pada  tahun 2005 sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Kelibang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu apabila sekolah itu siap dibina.Sehingga sekarang, tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Kelibang mempunyai 5 blok bangunan sekolah, 1 blok kantin, 1 blok Makmal Komputer, 1 buah surau dan 7 unit rumah guru.

Advertisements