Kata-kata Aluan

GB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Pusat Sumber Sekolah (PSS), SK Kelibang . Saya berharap portal ini akan dapat membantu para pengunjung berurusan dengan PSS bagi mendapatkan maklumat dan info yang berkaitan tentang pendidikan.

Salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosikan PSS SK Kelibang adalah melalui laman web. Sebagai sebuah pusat sumber, portal PSS SK Kelibang memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, aktiviti, perkhidmatan dan penerbitan PSS. Turut dimuatkan ialah sudut ilmu, galeri foto, multimedia dan berita-berita terkini aktiviti PSS. Laman web ini akan diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin kandungannya sentiasa relevan dan terkini.

Maklumat yang disediakan di laman web ini sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manfaat kepada para pengunjung yang melayari laman web ini. Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara, terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih. Sekian terima kasih

Tuan Haji Azhar bin Ahmad | Guru Besar SK Kelibang, Langkawi

Advertisements